Mata..
Akan membuat bibir tersenyum,
Bila melihat orang yang kita sayang,
Berada didepan mata..
kadang2 takut..
untuk pejamkan mata,
Takut..
tidak dapat lagi melihat senyuman tu,
Takut..
tidak dapat melihat sisipan tubuh itu lagi...
Hati pula..
Seringkali berkata..
Aku yang selalu disakiti,
Aku yang seringkali terluka,
Aku yang harus menahan sabar,
Aku yang harus mengalah,
Aku yang selalu menangis,
Demi kebaikan yang aku impikan,
Tapi hati juga sekali berkata,
Cukuplah..
Aku tidak mampu menyakiti diri sendiri,
Aku mahu melangkah keluar,
Merubat isi yang terluka,
Yang telah dicakar2,
Sehingga berdarah,
Berdarah yang tiada henti,
Disebalik rupa yang sempurna,
Pada luaranya..
Aku juga lemah,
Aku lah yang paling jahat,
Aku yang menguasai perasaan,
aku boleh berubah-ubah,
Terutama bila berada dalam hati LELAKI,
Daripada sayang menjadi benci,
Daripada setia menjadi dusta,
Daripada manis menjadi pahit,
aku lah yang paling jahat..
Sedangkan bila aku berada dalam hati PEREMPUAN,
Yang sanggup setia untukku,
Terluka menanggung setiap butir yang keluar
Dari hatiku melalui pertolongan mulut..
Aku rapuh bila berada dalam hati PEREMPUAN,
Aku tidak sanggup,
Aku terluka lagi berdarah..
KepadaMU Ya Allah..
AKU,
memohon ketabahan hati,
Memohon kekuatan hati,
Memohon lindungi hati,
Baluti lah dengan sifat kasih dan sayang,
Baluti lah dengan sempurna,
Agar tidak berubah,
Bila dicampak dimana sahaja..
Hati,
Mengadulah dengan yang maha mengetahui,
Agar kau tidak terluka..
Menangis lah sepuasnya,
Kau akan berasa lega,
Percayalah,
Setiap guruh,
Akan ada pelangi dihadapanmu..
Aku cuma menulis kerana ramai yang kecewa tetapi tidak meminta kepada mu YA Allah..alpa tika mereka bahagia..mencari bila diuji..
No comments:
Post a Comment